Friday, 13 January 2012

-Tatkala Hati Merungkai Segalanya-

Kenapa SAYA sayang AWAK???
Sebab awak sentiasa di sisi saya walaupuan sy selalu tinggalkan awak
Sebab awak selalu mengalah walaupun awak betul
Sebab awak selalu teringatkan saya walaupun saya selalu lupakan awak
Sebab awak pujuk saya ketika saya menangis, sedangkan saya yang sakitkan hati awak
Sebab awak selalu buat kejutan untuk saya sedangkan saya tak buat apa-apa pun untuk awak
Sebab awak selalu risau pasal saya, sedangkan saya tak ambil tahu pasal awak
Sebab awak sayang saya, sedangkan saya selalu curiga kat awak
Sebab awak selalu buat yang terbaik untuk saya, sedangkan saya tak berikan komitmen
Sebab ciri2 
LELAKI IDAMAN SAYA
 ada pada awak, sedangkn saya tak tahu saya ada tak ciri2 wanita idaman awak
Sebab awak sempurna bagi saya, sedangkan saya perlu perbaiki diri
Sebab awak tahu segalanya tentang saya, sedangkan saya sebaliknya
Sebab awak yang terbaik dalam hidup saya, sedangkan saya tidak begitu bagus
Awak, walaupun kita tidak pernah nak serasi, awak tetap bersama saya
Awak, walaupun saya tak sempurna awak tetap ada di samping saya
Sedang orang lain berharap sangat awak dapat yang lebih baik
Awak tetap pilih saya,saya selalu tertanya-tanya
Awak,kadang kala saya sengaja buat awak sakit supaya awak tinggalkan saya
Supaya awak dapat yang lebih baik, tapi awak enggan undurkan  diri
SEBAB???
Awak cakap orang istimewa sentiasa di hati walaupun tiada di sisi
Awak cakap pasangan perlu mengalah untuk elak pergaduhan
Awak cakap, tak mengingati  tak semestinya melupai
Awak kata, pujuk memujuk memupukkan kasih sayang
Awak kata, awak buat kejutan sebab suka tengok saya terkejut dan gembira
Awak kata awak risau pasal saya sebab saya selalu berkerja keras dan tak jaga kesihatan
Awak cakap, orang yang paling kita sayang ITUlah orang yang paling kita susah nak sayang
Awak cakap, awak buat yang terbaik sebab awak tak nak saya rasa kekurangan
Awak kata, ciri2 idaman tu apa yang kita mahukan dan bukan yang kita perlukan
Awak kata, kesempurnaan tak pernah wujud
Awak kata, mengetahui mengenai pasangan adalah satu bonus bukannya keperluan
Awak kata, terbaik pasangannya adalah kekurangan
Tak kiralah apa saja yang saya cakap, awak akan tetap mengiyakan
Setiap kali saya terkurang, awaklah yang tambah
Setiap kali saya kelihatan bodoh, awak sibuk membodohkan diri awak,
Awak tetap betulkan saya, sedangkan terang2 ianya salah saya

Kita jauh berbeza, tapi awak tetap kata kita 
SERASI BERSAMA
Awak kata itulah yang membuatkan kita bersama…
Kelebihan awak dan kekurangan saya
Ketepatan awak dan kecuaian saya
Kepandaian awak dan kebodohan saya
Kesempurnaan awak dan kecacatan saya

Bagi awak….
Kekurangan saya adalah kelebihan saya, 
kebodohan saya adalah kepandaian saya
Kesempurnaan awak datang daripada kecacatan saya, 
kelebihan awak datang daripada kekurangan saya

Terima kasih awak kerana SUDI hadir dalam hidup saya dan membahagiakan hidup saya selama ini.
Maafkanlah segala salah silap saya selama ini.
Saya doakan semoga awak sentiasa gembira dan bahagia di samping insan2 yang awak sayang.
 Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaimu.


No comments:

Post a Comment