Saturday, 17 March 2012

-Aku Lelaki EGO!!!-

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu,
dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah.

Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…”

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,”
tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.

Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.

Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”

Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis,
“Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..”
Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.

Aku bisikkan ketelinganya,
“Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,”
pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.

Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.

“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.

Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.

Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain. Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu.

 Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.

p/s: Hargailah insan tersayang dan janganlah mencari yang terlalu sempurna sebab dalam dunia nie tidak ada siapa pun yang sempurna. Kita bukanlah sempurna nak dapatkan yang sempurna. so, bila dah dapat dan berada di depan mata kita hargailah ia sebelum terlambat. penyesalan tidak berguna lagi.

-Marah???-

Assalamualaikum buat sape2 yang sudi baca blog nie. Actually, aku tak tau nak buat ape, tu pasal datang singgah kat blog kejap. Topik yang aku nak bincang kali ini berkaitan “MARAH”. pernahkah kamu di luar sana suka marah2 orang tambah2 lagi insan yang kamu sayang???. Aku mengaku diri aku sendiri pun suka marah2 dan mengamuk kalau ada something yang membuatkan aku jadi marah teramat sangat ekk!!! dulu aku suka sangat2 marah2 orang ekk, sampaikan pada satu tahap aku berubah untuk tidak menjadi seorang yang pemarah lagi. Kalau takde sape yang buat aku naik angin, aku tak akan marah2… tapi, bila dah buat aku naik angin, aku pun ape lagi hangin sekali arghhh!!!

Alhamdulillah, sekarang aku dapat kawal diri aku daripada marah2 ekk. sebenarnya aku letih dan terasa amat sakit bila marah2 nie, so, jalan penyelesaiaannya adalah “relax”. Yaaa!!! Itu adalah jalan yang terbaik!!! Marah2 nie tak baik untuk diri ekk, aku kalau marah terus rasa sakit dada ekk, kata orang salah satu punca daripada mengalami sakit jantung adalah “marah”. so, belajar2 laa untuk tidak menjadi pemarah ekk. takde guna pun marah2 nie ekk. sesungguhnya hanya diri kita sendri sahaja yang dapat merubah diri kita, takde sape pun yang dapat merubah diri kita kerana diri kita adalah kita. Orang lain hanya mampu menegur dan menasihati kita dan bergantung atas diri sendiri samada nak dengar @ tak ekk. jika kita sendiri yang tak ingin berubah, alasan yang mungkin keluar dari mulut “ bukan senang nak berubah, amik masa yang lama tau”. Cepat atau lambat sebenarnya bergantung pada diri sendiri ekk. begitulah sikap manusia kadang2 cakap tak serupa bikin. Cakap sahaja pandai, tapi tak pernah nak buat.

Aku tertarik dengan satu kisah pasal orang yang suka marah2 nie. Sama2 laa kita amik ikhtibar daripada kisah nie ok.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Seorang pemuda...
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.
“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.
Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang- lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.
Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.
Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada.
Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
TEMAN adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan pembakar semangat untuk dirimu.
TEMAN  juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
Jagalah hati dan perasaan teman kita sebaik2nya.

P/S: Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan parut LUKA d hati anda... so, elakkan daripada marah2 ekk. Cozzz tidak ada gunanya marah2 ekk. Jadilah seorang yang pemaaf dan miliki la sebuah hati yang tenang dan suka bertolak ansur ekk.
“kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita tapi ingatlah hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka”.

-Ingatlah Sayang Bukannya Rahsia-

Duk sibuk belek2 google, terjumpa lak satu kisah nie. Pengajaran buat semua.

Ini kisah benar. Kisah kakak temanku 2 tahun lepas. Kali pertama aku jatuh hati pada seorang gadis. Dia tidaklah secantik model. Tak setinggi mana & chubby sikit. Orangnya boleh tahan comel. Senyumnya manis, punya lesung pipit di pipi kirinya. Perwatak...an lembut & manja. Dengan suaranya saja aku boleh tergoda. Pada org lain, dia hampir perfect. Matanya redup tapi wajahnya selalu kurang bermaya. Bila berjumpa dia nampak lesu saja. Pandai orangnya, kewangan stabil.. Full package lah kiranya.   Aku? Aku menarik orangnya, begitu kata gadis-gadis. Tapi kawan-kawan melabel aku sebagai lalaki biasa tapi body boleh tahan. Aku punya ketinggian yang cukup, dada yang bidang (gadis-gadis suka, boleh buat bantal kalau nangis). Kewangan? Tu tak tentu. Kadang-kadang ada kadang-kadang entah la... Otak? Boleh tahan la, cuma aku malas sikit. So aku belajar slow2 (faham-faham la..extend 3 sem!)   

Ok, gadis tu aku kenal melalui internet. Dunia tak sebesar mana, dah lama berchatting, baru aku tahu dia satu kolej dengan aku. Seronok lah aku, boleh aku intai dia selalu. Mula lah aku korek2 rahsia pasal gadis tu. Haihh, lagi2 lepas tu aku dapat tahu, gadis tu memang dah faymes kat kelas aku. Ramai member2 aku kenal dia. Room mate aku? Pernah kena gossip ngan gadis tu. Sebab? Gadis tu baik sangat. Apa2 hal dia ringan je nak tolong orang. Sebab dia tolong room mate aku, kena gossip la. Tapi tu sebelum dia kenal aku. Aku pulak tak tentu pasal dengki. Room mate aku tu aku buat jadi musuh. Padahal aku belum ada apa2 dengan gadis tu. Saja nak dengki... Ngehngehngeh....   Aku sebenanrnya dah mula suka kat gadis tu. Tapi tak nak kantoi. Kenapa? aku pun tak faham ngan diri sendiri masa tu. So, aku pun makin hari makin rapat ngan gadis tu. Gadis tu? Alah, dia anggap aku member biasa je. Geram betul! Pastu aku pun menjalankan strategi mengayat tapi tak nak kantoi. Macam mana? Hahaha.... Rahsia. Lama-lama gadis tu pun dah macam respond je. Aku apa lagi, suka la! Tapi banyak masalah sikit, ramai betul orang nak masuk line. Sakit hati betul aku. Tapi sebab daya tarikan aku (perasan lagi), gadis tu tak terpikat lah ngan orang lain. Hebat betul aku!   Birthday aku, gadis tu tiba-tiba je ajak keluar. Tapi dia ajak room mate aku sekali, dengan member aku lagi sorang. Menyampah betul, aku nak keluar 2 org je.Tapi kami keluar 4 org. Gadis tu punya baik, belanja kami semua makan. Siap belikan aku kek. Wah terharu lah! Aku tak tahu nak balas macam mana, aku just cakap thank you. Tak lama lepas tu, member aku ajak gadis tu tengok wayang. EH?? Sedap2 je nak potong line aku? Aku dengan tak malu cakap aku nak join. Lah, aku ingat diorang keluar 2 org je. Rupanya satu geng. 7 8 orang, aku ingat lagi. Masa tu gadis tu belanja lagi. Semua yang ada. Wah banyak betul duit dia. Dalam kepala, aku dah terbayang-bayang seronok kalau keluar dengan dia, dia bayar semua! Duit aku bole buat pegi futsal, beli rokok, modify motosikal. Yahoo!   Tak lama lepas tu, aku baru dapat tahu, dia belanja masa birthday tu sebagai member je (dia memang selalu belanja kalau member birthday). HAHA aku perasan lagi. 

Apa pasal la gadis tu baik sangat? Entah la. Aku tak mengaku kalah. Terus tackle dan tackle. Lama jugak baru tersangkut. Rupanya dia ada sejarah lama, patut lah susah betul nak dapat. Dia pernah kena tinggal dengan ex-boyfriend. Bukan sekali dua. Empat kali. Kesian gak. Tapi apa boleh buat..   Aku mula berazam nak ikhlas lah ngn gadis tu. Tak nak mainkan perasaan dia. Tapi aku pantang satu benda. Aku tak nak ada girlfriend. Nanti terkongkong. Tapi dalam masa yang sama aku tak nak gadis tu rapat dengan jantan lain. Nanti mula lah aku naik angin. Lama jugak gadis tu bertahan dengan aku. Tapi aku masih macam dulu, tak nak kantoi. Tak nak member2 aku tahu hal kitorg. Hal-hal kewangan aku dah mula bertolak ansur, ada waktunya aku yang bayar. Ada waktunya dia yang bayar. Tapi selalu dia yang bayar (aku selalu pokai). 

Dekat FRIENDSTER, aku tak nak letak in relationship. Aku letak single. Kenapa? Tak nak kantoi. Lagipun aku tak pernah ajak dia jadi girlfriend aku. Tapi aku control dia dah lebih dari girlfriend. Tak boleh keluar dengan jantan lain, tak boleh tolong jantan lain, tak boleh itu, tak boleh ini. Kesian gadis tu, ikut je cakap aku. Dia memang respect kat aku. Aku? Ada masa sempat lagi chat ngan awek lain. Dia tak tahu, tak apa lah. Jahat betul aku ni.   Lama kami berkawan. Kawan je tapi control lebih. Jealous tak payah cakap. Masing2 kuat jealous. Problem cuma aku yang tak ajak dia jadi girlfriend aku. Tak kan dia nak ajak aku jadi boyfriend dia kan? Lama2 kantoi jugak dengan member2 rapat masing2. Tapi aku mcm biasa, no comment. Dia? Bila org tanya, dia cakap dia tak ada boyfriend. Aku bukan main sakit hati lagi. Dah tahu ramai peminat nak cakap macam tu pulak. Tapi fikir2 balik mmg betul. Aku bukan boyfriend dia. Aku sebenarnya tahu, dia nak aku yang cakap dulu. Tapi aku buat tak tahu je. Wah aku ni, dulu masa tak dapat bukan main lagi aku mengayat, sekarang dah dapat tak nak ada hubungan pulak. Tapi nak control. Pelik betul aku ni. Kadang2 kesian tengok dia. Dia mcmserba salah kalau nak cakap apa2. Ye lah, aku bukan boyfriend dia, bukan tunang, bukan suami. Kawan je.   Kami berkawan dari alam kolej sampai lah masing2 dah bekerja. Dia dapat jawatan bukan main tinggi lagi. Dia kan rajin & baik, semua org suka. Aku, biasa je. Gaji pun boleh la kalau nak buat makan. Masa dah kerja lagi banyak dia yang keluar duit, tapi dia memang tak merungut. Cuma kadang2 bila dia tak mampu, dia diam je. Tak ada gedik2 ajak aku keluar. Lagi satu, sepanjang kenal dia, tak pernah minta aku belikan apa2. Cukup sekadar aku berbual2 dengan dia dlm phone sebelum dia tidur. Gadis itu, baik sungguh. Member2 aku ramai yang kedana, awek mintak yang bukan2. Aku, senang je.   Birthday dia? Aku wish je. Lepas tu aku call dia 2 3 jam. Tak ajak pegi mana2. Tak bagi apa2. Kesian dia. Aku tak lah kedekut sangat. Cuma aku ni kayu sikit. Tak reti lah nak bagi apa2. Gadis tu, tak merungut langsung. Beruntung aku masa tu.   

Usia dia menjejak 27 tahun. Dia masih melekat dengan aku, bukan sebagai girlfriend, bukan sebagai tunang. Masih lagi kawan je. Dia ada cakap pasal nak kahwin. Tapi dia tak cakap pun nak kahwin dengan aku. Aku buat tak tahu je lah. Kewangan tak stabil. Lagipun aku nak enjoy dulu. Tak faham2 aku ni, perempuan kalau dah 27 tu dah lambat la kalau tak kahwin,  tak tunang. Kesian dia. Mak dia dah bising2 kat dia suruh kahwin. Tapi balik2 dia terpaksa cakap kat mak dia, tak ada calon lagi. Aku pulak masih dengan perangai lama. Family aku tak tahu pasal dia. Family dia tahu tapi ye lah, kalau aku tak gerak takkan diorg yang nak gerak.   Last2 gadis tu tanya jugak dekat aku. Lepas 6 tahun berkawan.   "Awak, awak dah lama kawan dengan saya. Awak nak buat saya jadi apa nanti? Awak nak kahwin ngan saya ke?"   Aku tahu dia malu nak tanya macam tu. Tapi aku saja buat dia tak keruan.   "Eh, mana ada saya cakap nak kahwin dengan awak kan?"   Aku hanya bergurau tapi aku tak faham hati perempuan. Dia menangis depan aku time tu jugak. Aku buat tak tahu. Siap gelak lagi bergurau2. Pastu pujuk jugak tapi pujuk biasa je lah. Tak sentuh langsung hal-hal kahwin tu. 

Lepas peristiwa tu. 4 bulan kami tak berjumpa. Aku sibuk dengan kerja, tak tanya pulak bila lagi nak jumpa. Call pun  ada sekali dua je rasanya. Tiba-tiba bila aku buka e-mail, dapat e-mail dari dia.   "Awak, family saya asyik tanya saya tentang kahwin. Saya dah tak tahu nak cakap apa. Kalau awak sayangkan saya, sekurang-kurangnya kita bertunang dulu. Saya faham kewangan awak tak stabil. Saya boleh keluarkan belanja. Dengan duit simpanan saya sendiri. Saya segan nak tanya awak. Saya takut awak jawab macam hari tu. Tapi kalau awak tak sudi, saya boleh berundur. Ibu saya dah banyak kali cakap, kalau saya tak ada calon, dia dah ada calon untuk saya. Ada yang masuk meminang. Dalam masa sebulan lagi ibu saya akan bagi jawapan. saya harap awak faham. Saya mengaku saya sangat sayangkan awak."   Aku tak ada perasaan masa tu. Aku ingatkan dia saja nak buat cerita, buat point supaya aku gerak. Lepas tu aku tengok tarikh e-mail tu, 3 bulan lepas. Bila aku check balik, ada e-mail yang masuk folder spam. Dari gadis tu.   "Awak, saya tunggu jawapan awak. Saya cuba call awak banyak kali. Tak dapat. Ibu dah buat keputusan. Saya dah tak boleh undur lagi. Minggu depan saya akan kahwin. Saya minta maaf. Kalau sudi datang lah ke majlis saya."   E-mail tu tarikhnya sebulan lebih selepas e-mail yang sebelumnya. Baru aku ingat sebelum tu ada lebih 20 missed call dari dia. Tapi aku tak call balik sebab aku sambung tidur. Bila bangun aku dah tak ingat nak call. Kalau diikutkan, dia memang sepatutnya dah berkahwin. Aku beranikan diri cuba call dia. Dijawab oleh seorang lelaki.   "Salam. Nak cakap dengan isteri saya?"   "Salam. Isteri?"   "Ye, isteri saya terlupa phone dia dlm kereta saya tadi sebelum ke pejabat"   Aku terdiam. Gadis tu dah kahwin. Aku?   "Hello?"   "Maaflah ye, boleh saya tahu encik ni siapa? Nanti saya inform dekat isteri saya encik ada call. Rasanya nombor encik tak saved kat dalam phone isteri saya ni"   Aku rasa kelam masa tu. Mesti gadis tu cukup sabar menanti aku selama ni. Sekarang nombor aku pun dia dah tak simpan lagi.   "Tak apalah, kirim salam pada isteri encik. Katakan kawan lama menelefon bertanya khabar. Selamat pengantin baru"   Hari tu aku menangis semahunya. Gadis 'full package' yang manis, anggun dan sangat baik dah hilang dari aku. Sedih aku bila ingat balik, dia tak pernah berkira, tak kedekut, selalu tolong aku, bagi sokongan kat aku. Aku memang tak boleh nak salahkan gadis tu. Dia memang dah lama tunggu aku. Aku tak ada apa2 ikatan dengan dia. Aku memang tak boleh salahkan dia kalau dia tinggalkan aku. Tapi bertahun-tahun aku simpan harapan. Cuma sikap aku yang buat aku jadi macam ni. Sekarang aku kena mula cerita baru. Cerita yang sepatutnya dah nak sampai happy ending terkubur macam tu je.   

Pesanan untuk orang di luar sana: Kalau kita suka/sayangkan sesorg, jangan segan ucapkan sayang. Jangan biar lepas. Nanti menyesal tak sudah. Lagi2 lelaki, kita memang tak suka dikongkong. Tapi selalu ingat perempuan tak suka dibiarkan sahaja. Walaupun diorg tak ckp, perempuan ni sebenarnya lebih suka bila ada org yang control dia. Mungkin rasa dilindungi. Rasa ada yang ambil berat. Ikatlah dengan satu ikatan, kekasih, tunang, isteri. Jangan pernah malu untuk beritahu dunia, gadis tu milik kita. Kalau benar gadis tu ikhlas, dia pasti gembira bila kita dengan bangga katakan dia milik kita.

p/s: sayangilah dan hargailah insan yang menyayangi dan dapat menerima diri anda seadanya. jangan sia-siakan dirinya dan elakkan daripada menyakiti hati dan perasaannya dengan perbuatan kita yang selalu mementingkan diri sendiri.

-Belajar Mencintai Seseorang Yg Tdk Sempurna Dgn Cara Yg Sempurna-

                          Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai, 
Ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat, 
Itulah kesempatan.

Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatmu tertarik, 
Itu bukan pilihan, 
itu kesempatan.

Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan, 
Itupun adalah kesempatan.

Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut, 
Bahkan dengan segala kekurangannya, 
Itu bukan kesempatan, 
itu adalah pilihan.

Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun apapun yang terjadi, 
Itu adalah pilihan. 
Bahkan ketika kita menyedari bahwa masih banyak orang lain Yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasanganmu 
Dan tetap memilih untuk mencintainya, 
Itulah pilihan. 

Perasaan cinta, simpatik, tertarik, 
Datang bagai kesempatan pada kita. 

Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan. 
Pilihan yang kita lakukan.

Berbicara tentang pasangan jiwa, 
Ada suatu kutipan dari film yang mungkin sangat tepat :
"Nasib membawa kita bersama, tetapi tetap bergantung pada kita bagaimana membuat semuanya berhasil" Pasangan jiwa bisa benar-benar ada. 
Dan bahkan sangat mungkin ada seseorang Yang diciptakan hanya untukmu. 
Tetapi tetap berpulang padamu Untuk melakukan pilihan apakah engkau ingin Melakukan sesuatu untuk mendapatkannya, atau tidak... 

Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan jiwa kita, 
Tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita, 
Adalah pilihan yang harus kita lakukan. 

Kita ada di dunia bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai TETAPI untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna.

 p/s: Jangan Terlalu Memilih, Terimalah Dia Apa Seadanya.

-cUraNg???-

arini aku nak share something pasal 
"TAK SETIA DLM PERHUBUNGAN" ekk.

tadi ade member aku cite kat aku pasal ade sorang awek tuhhh dalam diam2 ada laki lain ekk. citenye macam nie...

member aku: nak tau tak, ???

aku: amende???

member aku: kawan pakwe aku, awek kepada kawan dia tuhhh tak setia ekk. aritu masa dalam kelas tiba-tiba member pakwe aku datang duk tepi pakwe aku. sebenarnya dia duk belakang, ntah macam mana tiba-tiba tergerak duk tepi pakwe aku ekk. kebetulan pulak depan dia tuhhh awek dia ekk. 

aku: ooo,,, pastu???

member aku: pastu time awek dia duk khusyuk belajor, dia pun senyap-senyap amik henset awek dia dalam beg awek dia. kebetulan pulak awek dia sangkut beg kat belakang kerusi ekk. dia pun amik senyap2 tanpa awek dia tau. pastu terkejut laa pakwe dia bila baca meseg dalam inbox yang awek dia ade bermeseg2 ngan laki lain ekk. siap bersayang2 berabang2 lagi ekk.

aku: yeke??? ishhh... tak patut laa awek dia wat macam tuhhh... mesti terasa sangat2 ekk laki tuhhh ekk.

member aku: yela, berubah terus muka laki tu bila baca meseg dalam henset awek dia tuhhh. 

aku: awek dia tak tau ke pakwe dia amik henset senyap2 ???

member aku: awek dia tak tau, pas baca dia pun letak balik. patut laa awek dia tak bagi kalau pakwe dia main henset dia, rupa-rupanya duk meseg ngan laki lain ekk. 

aku: hmm... kesian laki tuhhh dapat awek gitu. tak patut awek dia wat pakwe dia camtu ekk. hmm....

so... pada pendapat aku r, tak patut laa kalau pasangan kita wat kita macam tuhhh ekk. kalau rasa tak cukup satu, baik tak payah kapel terus, menyakitkan hati je ekk. patut laa tunang akak aku selalu check kak aku punyer henset, yelaaa,,, takut curang ekk... duk meseg orang lain dalam diam ekk....
so, kalau pasangan kita tak bagi kita main henset dia... ape korang nak kata???
jawab r sendiri ekk.

Monday, 5 March 2012

-Tautan Hati-

PEREMPUAN KENA TAHU Seorang lelaki yang benar-benar mencintai anda tidak akan membiarkan anda pergi , tidak kira bagaimana sukar keadaan sekalipun::

LELAKI KENA TAHU Seorang wanita yang benar-benar mencintai anda akan marah kat anda utk banyak perkara, tetapi masih terima anda seadanye walaupun anda telah menyakiti hatinya::

Friday, 13 January 2012

-SEBAB PEREMPUAN TINGGALKAN LELAKI-

1. MENINGGIKAN SUARA

Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun berlaku hal-hal kecil je. Bosan sungguh!

2. MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Depan kita merayu-rayu bersumpah setia, tapi bila dah dapat..mula cari gadis lain dan mengadu pula keburukan pasangannya! Kata pasangan macam-macam sebagai modal untuk meraih simpati si gadis tu! Tu belum lagi bab habis kredit call perempuan-perempuan lain. Lepas tu, bila si gadis menyampah tak dapat call sebab asyik call waiting jer, call tak angkat atau kredit lelaki tu asyik habis dengan misterinya, kamu salahkan gadis tu tidak paham pulak! Masalahnya gadis tu dah hilang kepercayaan dengan perbuatan kamu yang selama ini hanya berpura-pura baik. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya. Kalau dah banyak kali kena camni, mane tak fedup?

3. SUKA ‘CUCI MATA’

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Ada yang kes stalk di rumah dan tempat kerja untuk tahu aktiviti si kekasih! Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Galfren pakai tak cantik sikit pun mula lah nak complaint! Padahal si lelaki tu pakai baju koyak-koyak tak apa! Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?

5. TUNJUK EGO KE BONGKAK?

Ada dua jenis ego, satu ego untuk menundukkan perempuan dan satu lagi ego dalam berkasih sayang! Dua ego ni jauh BERBEZA! Ego menundukkan perempuan memerlukan KEANGKUHAN yang besar manakala ego dalam berkasih sayang memerlukan TANGGUNGJAWAB yang besar! Ego menundukkan perempuan boleh digunakan dalam professionalisme, kekeluargaan tetapi BUKAN dalam hal cinta! Jika tidak, bagaimana untuk perempuan mencintai jika dia hanya ‘menyembah’ lelaki yang merasakan taraf dia lebih tinggi dari perempuan. Seolah-olah, dialah KING OF THE WORLD! Ego adalah pride dan benar semua orang ada pridenya tersendiri! Ego dan ketegasan yang seorang lelaki PATUT ADA seperti ego tidak mahu makan duit pasangan, ego dan terasa dayus kalau pukul perempuan, ego tidak mahu perempuan bersusah payah memandu untuk kamu, atau ego jika pasangan diganggu lelaki lain!! Tapi janganlah berlaku bongkak dan angkuh pastu yakini itu “ego”. Contohnya, “ego” lelaki-lelaki chauvinist yang sudah berikrar takkan buat kerja-kerja perempuan seperti tolong bini di dapur, “ego” lelaki biasa yang tak mahu isteri bekerjaya lebih hebat daripadanya, “ego” tentang kehebatannya di atas “katil” dan “ego” enggan mengaku salah apabila dah melakukan kesilapan, sorrylah, ini bukan “ego” tapi bongkak dan bodoh! Matlamat utama egonya yang akan tercalar jika tidak dapat menundukkan perempuan, ITU SAHAJA!

Kes ego menundukkan perempuan ini boleh ditonton dalam banyak movie Greek dan Roman! Paling jelas dalam zaman jahiliah! Perempuan cakap satu apa pun tak boleh, inikan pula membangkang atau berlaku tegas padanya! Dia lupa dengan kehadiran dunia Islam di mana kebangkitan, hak-hak dan pendapat perempuan dalam kehidupan diambil kira! Bila berdepan masalah, beliau akan terus menghukum dan akan mengambil keputusan sesuka hati tanpa berbincang atas alasan dia lelaki dan perempuan semua bodoh!! Contoh tepat zaman sekarang adalah seperti karakter ‘Ustaz’ dalam cerita Tahajudd Cinta! Dengan bertopengkan agama, dia sesuka hati mengambil keputusan yang menyenangkannya! Keegoan sepatutnya membuatkan lelaki ingin berjaya dalam hidupnya termasuklah berjaya memimpin kaum wanita KELUAR daripada masalah! Tapi berlaku sebaliknya bila “ego” digunakan untuk LARI dari masalah! Ingatlah, ni 2011, bukan tahun perempuan boleh dibuli sesuka hati kamu, perempuan sekarang bijak dan mengenal sekilas sama ada anda ego atau pun bongkak! Dan, bila perempuan itu tinggalkan kamu, dia berlaku tegas..bukannya ego!

6. MENIPU

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu,menipu dan menipu! Lepas tu janji, janji,janji dan berulang kali memungkiri janji!! Rasa macam perempuan bodoh pulak bila perasaannya asyik diremehkan! Yang lelaki sanggup mereka-reka alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan, padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Janji nak berubah hanya menanam tebu di bibir apabila sewenang-wenangnya lelaki mungkiri! Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka memungkiri janji ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda dan kurang menghormati anda!! Gadis tu akan berkata “macam mana i nak hormat u, janji u tak pernah betul!”

7. PERASAN

Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem, dia terasa cukup sempurna dan boleh dapatkan sesiapa saja! Ada juga yang boleh pulak menghakimi diri sendiri dan kemudian menabalkan diri sebagai lelaki paling baik dalam dunia! Kira bajet ada ‘halo’ atas kepala la? Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Lepas itu mula hebah pada semua orang yang pasangannya bernasib baik jer dapat dia tu! In reality, pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Mungkin dengan memuji-muji diri sendiri dapat meningkatkan paras self esteemnyer yang semakin hilang!! Jangan over confident yer bang!!

8. MENGUNGKIT DAN MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Ada juga yang suka mendahulukan kemahuan mereka dan mengungkit-ungkit segala kebaikan yang pernah diberikan kepada pasangan! Kalau boleh semua yang pernah diberikan pada pasangan mahu dibalas balik. Keluar dating dan isi minyak 10 ringgit pun diungkit-ungkit seolah-olah si gadis tak pernah ade satu kebaikan pun! Dia merasakan duit yang dihabiskan pada perempuan itu hanyalah satu pelaburan! Betapa rendahnya nilai perempuan tersebut sehingga dianggap satu komoditi! Lelaki macam ni nak hidup dengan kita? Bercinta pun tak ikhlas, inikan kalau dah kawin dan anak-anak dah ramai. Susu botol anak-anak tu pun diminta bayar balik!!

9. PANAS BARAN

Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya dan maki pasangan. Masuk traffic jam pun mengamuk, order makanan sampai lambat pun mengamuk, mintak putus pun mengamuk, sikit-sikit menjerit dekat pasangan seolah-olah dia seorang je yang boleh marah!! Cuba kalau kekasihnya melawan balik ,pasti dikatakan kurang ajarlah, egolah! Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun taik telinga dah nak terkeluar dan sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap cekik dan sepak terajang? Kalau nak bertumbuk, carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

10. KAKI MEROKOK

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Lepas tu tak mengaku, tipu pasangan sebab tak nak dengar berleter! Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

11. PENGOTOR

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodorant, bangun pagi tak cuci muka, pakai stokin yang sama hari-hari dan macam-macam lagi sampaikan orang pandang semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila pasangan sanggup menerima segala macam perangai pengotornya?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya. Kalau si gadis itu boleh terima, tak mengapalah!

12. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup mendahulukan pandangan kawan-kawan daripada perasaan kekasih! Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun pergi PARTY bersama kawan-kawan. Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Sekali-sekala bolehlah, jangan sampai siapa lelaki nak kahwin pun kawan-kawan yang tentukan! Boleh pula yang selalu saja memberi alasan tak dapat luangkan masa dengan kawan-kawan, padahal tak suka kalau si gadis buat macam tu dengan “boyfrenss” nyer! Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Ingatlah, bila Nabi Adam kesunyian di syurga, Allah tak ciptakan 10 kawan untuknya. Tetapi Allah ciptakan seorang wanita bernama Hawa sebagai pelengkap dan peneman hidupnya!

13. TIDAK TAHU MENGHARGAI

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Inilah jenis lelaki yang tak sedar dek untung!! Dah selalu dibantu teman wanita pun, masih lagi katakan teman wanitanya kurang baik Yang teman wanitanya pulak, tak pernah sekali pun ungkit segala kebaikan yang pernah diberikan! Lepas itu bila diberikan peluang kedua, tak tahu hargai dan lakukan kesilapan sama berulang-ulang-ulang kali! KALAU DAH BERAPA RATUS, MANA TAK FEDUP?. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Kononnya tak nak bagi si dia naik kepala la! Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda dan buatlah dengan ikhlas.

14. PUTAR BELIT

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Mereka putar belit cerita sehingga semua kesalahan akan pergi kepada orang lain! Berhentilah! Anda hanya akan buat marah sebesar kuman menjadi sebesar gunung berapi!! Kamu jangan terlupa yang kaum perempuan ni dikurniakan Allah dengan hati yang halus. Mereka lebih cepat tangkap apabila lelaki berpura-pura! Akhirnya, kamu juga yang melepas sendiri sebab kebenarannya akan keluar juga. Jujurlah pada pasangan anda! Kalau cinta, katakan cinta. Jangan jadi putar alam!

15. MACHO TAPI HANCUR

Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak, hancur je yang lebih kot! Kata macho tapi nak ngorat mintak tolong POSTMAN! Wei, lelaki sejati kena gentle la! Lebih tak macho bila sudah putus, kamu berdendam dengan pasangan dan cuba menjustifikasi tindakan kamu dengan MEMBURUK-BURUKKAN pasangan pada semua orang! Tambah tak macho, bila kamu perasan macho dan mana-mana saja perempuan melintas di tepi jalan, kamu sambar dan mengorat atas dasar BOLEH DAPAT SESIAPA SAJA asalkan ada BOOBS dan BOOTY! Kamu sedar tak ni bukan macho, tapi karakteristik PATAH HATI? Kalau kamu di zaman cinta monyet takpe la buat begitu, tapi kalau dah umur dah layak nak jadi bapak budak, dari MACHO nampak HANCUR sebab terserlah lack-of -libido di situ! Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

Jadi lelaki, kamu ada salah satu perangai di atas atau kamu ada kesemuanya? Jika ada, ternyata jelaslah anda ditinggalkan kerana kekasih dah tak tahan, meluat, rimas, muak, penat, dan fedup dengan perangai kamu! “Sorry, but we wasn’t meant to be!”

Cubalah faham, apabila asyik buat silap yang sama BERULANG-ULANG-KALI, sukar untuk perempuan percayakan anda lagi! Malah, perempuan itu harus menguji pula cinta si lelaki untuk mengetahui kebenarannya! Isu kecil pun boleh dijadikan ujian oleh perempuan untuk menguji cinta lelaki tersebut! Dari ujian kecil tu, dapatlah perempuan itu mengesan adakah betul kekasihnya berubah. Jika sudah dapat jawapan yang minta maaf kali terakhirnya hanyalah salah satu helah si lelaki, si wanita boleh angkat kaki awal-awal dari terkena lagi! Benarlah pepatah “kenalilah cinta…bukan semasa menikmatinya, tetapi selepas diujinya”.

Jikapun ada kenangan manis, tetapi selagi perangai yang menyakitkan hati itu dibiarkan ‘tutup sebelah mata’ dan ‘ditolak bawah karpet’, bersama lagi hanyalah usaha sia-sia! Dari menjadi tikus membaiki labu, lebih baik si gadis tinggalkan labu-yang-tiada-harapan-untuk-diselamatkan tu kepada orang yang lebih layak, dan memilih labu lain yang tidak bermasalah! Sampai masa perempuan akan tersedar, “rather than staying and add more damages to people that doesn’t appreciates you, you choose to leave and have a new life with someone that really care!” Itulah namanya fedup dan putus asa! Percayalah, perubahan hidup kita selepas itu adalah jawapan kepada doa-doa kita pada Allah selama ini!

P/s: “Cinta hanya layak untuk insan yang ikhlas mencintai dan bukan untuk dipersendakan!”

-Lelaki Ucap Maaf Boleh Membuat Jantung Wanita Sihat-

Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan dua kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi anda perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah anda bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan ikhlas dapat membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafazkan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.

Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat ‘bekerja’. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

p/s : Jadi,sayangilah pasangan anda. Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.

-Kenapa Wanita Selalu Menangis-

"Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang bertanya pada ibunya.

"Ibu, mengapa Ibu menangis?". Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita". "Aku tak mengerti" kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti...."

Kemudian anak itu bertanya pada ayahnya. "Ayah, mengapa Ibu menangis?, Ibu menangis tanpa sebab yang jelas". sang ayah menjawab, "Semua wanita memang sering menangis tanpa alasan". Hanya itu jawaban yang bisa diberikan ayahnya.

Sampai kemudian si anak itu tumbuh menjadi remaja, ia tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Hingga pada suatu malam,
ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan,
"Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?"

Dalam mimpinya ia merasa seolah Tuhan menjawab, "Saat Kuciptakan wanita. Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya itu. Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap
bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

Kepada wanita, Kuberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali
anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat
didekap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya
tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyadarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai istrinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat
digunakan kapan pun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan".

p/s: sabar menempuh jalan ,tetapkan Iman di hati... wahai suami, jagalah isterimu sebaiknya. memang dicipta dia seorang yg mudah mengalir airmata, namun ketahuilah bahawa dia seorang yg pengasih dan penyayang. Tanpa mereka siapalah kamu.

-Tatkala Hati Merungkai Segalanya-

Kenapa SAYA sayang AWAK???
Sebab awak sentiasa di sisi saya walaupuan sy selalu tinggalkan awak
Sebab awak selalu mengalah walaupun awak betul
Sebab awak selalu teringatkan saya walaupun saya selalu lupakan awak
Sebab awak pujuk saya ketika saya menangis, sedangkan saya yang sakitkan hati awak
Sebab awak selalu buat kejutan untuk saya sedangkan saya tak buat apa-apa pun untuk awak
Sebab awak selalu risau pasal saya, sedangkan saya tak ambil tahu pasal awak
Sebab awak sayang saya, sedangkan saya selalu curiga kat awak
Sebab awak selalu buat yang terbaik untuk saya, sedangkan saya tak berikan komitmen
Sebab ciri2 
LELAKI IDAMAN SAYA
 ada pada awak, sedangkn saya tak tahu saya ada tak ciri2 wanita idaman awak
Sebab awak sempurna bagi saya, sedangkan saya perlu perbaiki diri
Sebab awak tahu segalanya tentang saya, sedangkan saya sebaliknya
Sebab awak yang terbaik dalam hidup saya, sedangkan saya tidak begitu bagus
Awak, walaupun kita tidak pernah nak serasi, awak tetap bersama saya
Awak, walaupun saya tak sempurna awak tetap ada di samping saya
Sedang orang lain berharap sangat awak dapat yang lebih baik
Awak tetap pilih saya,saya selalu tertanya-tanya
Awak,kadang kala saya sengaja buat awak sakit supaya awak tinggalkan saya
Supaya awak dapat yang lebih baik, tapi awak enggan undurkan  diri
SEBAB???
Awak cakap orang istimewa sentiasa di hati walaupun tiada di sisi
Awak cakap pasangan perlu mengalah untuk elak pergaduhan
Awak cakap, tak mengingati  tak semestinya melupai
Awak kata, pujuk memujuk memupukkan kasih sayang
Awak kata, awak buat kejutan sebab suka tengok saya terkejut dan gembira
Awak kata awak risau pasal saya sebab saya selalu berkerja keras dan tak jaga kesihatan
Awak cakap, orang yang paling kita sayang ITUlah orang yang paling kita susah nak sayang
Awak cakap, awak buat yang terbaik sebab awak tak nak saya rasa kekurangan
Awak kata, ciri2 idaman tu apa yang kita mahukan dan bukan yang kita perlukan
Awak kata, kesempurnaan tak pernah wujud
Awak kata, mengetahui mengenai pasangan adalah satu bonus bukannya keperluan
Awak kata, terbaik pasangannya adalah kekurangan
Tak kiralah apa saja yang saya cakap, awak akan tetap mengiyakan
Setiap kali saya terkurang, awaklah yang tambah
Setiap kali saya kelihatan bodoh, awak sibuk membodohkan diri awak,
Awak tetap betulkan saya, sedangkan terang2 ianya salah saya

Kita jauh berbeza, tapi awak tetap kata kita 
SERASI BERSAMA
Awak kata itulah yang membuatkan kita bersama…
Kelebihan awak dan kekurangan saya
Ketepatan awak dan kecuaian saya
Kepandaian awak dan kebodohan saya
Kesempurnaan awak dan kecacatan saya

Bagi awak….
Kekurangan saya adalah kelebihan saya, 
kebodohan saya adalah kepandaian saya
Kesempurnaan awak datang daripada kecacatan saya, 
kelebihan awak datang daripada kekurangan saya

Terima kasih awak kerana SUDI hadir dalam hidup saya dan membahagiakan hidup saya selama ini.
Maafkanlah segala salah silap saya selama ini.
Saya doakan semoga awak sentiasa gembira dan bahagia di samping insan2 yang awak sayang.
 Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaimu.

Wednesday, 11 January 2012